Mahfuz pertahan tulisan Pemuda PAS kutuk BN

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Mahfuz Omar mempertahankan kenyataan seorang pemimpin Pemuda PAS yang didakwa menghina Nabi Muhammad melalui satu tulisan di Twitter yang mengutuk kejahatan BN.

Mahfuz dalam satu sidang media hari ini berkata, kenyataan yang dibuat Penolong Setiausaha 3, Dewan Pemuda PAS Khairul Fahmi Mat Som, ia hanyalah perumpamaan bagi menunjukkan tentang kejahatan BN itu.

NONE"Itu saya kira Umno saja nak bagi perbesar (isu). Itu dia nak gambarkan yang Umno ini jahat. Bukan nak kata yang Nabi buat tak elok.

"Macam sekarang dia kata Nik Aziz  (Nik Mat) macam-macam. Dia (Khairul) nak gambarkan Nabi kalau masih ada akan (turut) jadi mangsa fitnah Umno. Itu yang dia nak bagitahu. Bukan nak kata Nabi tu jahat. Perumpamaan saja," katanya.

Selasa lalu, Khairul menerbitkan tulisan di Twitternya menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan...jahanam Umno"

Sehubungan itu, semalam, Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Wira PERKASA) membuat laporan polis berhubung kenyataan Khairul yang didakwa menghina Nabi.

1. Khairul Fahmi tampil perjelas kontroversi twitternya

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.