Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DUN Pulau Pinang bubar pada 'penghulu segala hari'

Akhirnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan selepas dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen pada 3 April.

DUN negeri itu sepatutnya tamat pada 2 Mei. Pembubaran itu sekali gus memberi laluan untuk membolehkan pilihan raya negeri dilangsungkan, yang mesti dibuat sebelum 28 Mei.

NONE Ekoran pembubaran itu, pentadbiran sekarang dengan sendirinya menjadi kerajaan sementara.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu di Komtar selepas bertemu dengan Yang Dipertuan  Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediamannya di Seri Mutiara pada jam 9 pagi tadi.

Lim berkata, hari ini, Jumaat, paling sesuai untuk pembubaran kerana ia 'penghulu segala hari' dalam seminggu.

Beliau juga berharap semoga ia membawa keberkatan kepada semua dan supaya pilihan raya akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang gangguan.

[Baca berita penuh]

ADS