Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIC: Samy Vellu bukan calon
Diterbitkan:  Apr 6, 2013 10:30 AM
Dikemaskini: 2:32 AM

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata bekas pemimpin utama parti itu Datuk Seri S. Samy Vellu tidak akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau berkata Samy Vellu, yang kini menjadi penyelaras Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, sedang bekerja keras untuk memastikan BN dapat merampas kembali kerusi berkenaan yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lepas pada 2008.

"Datuk Seri Samy Vellu bekerja keras di Sungai Siput untuk menarik sokongan rakyat...tapi dia tidak akan menjadi calon," kata Palanivel menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Pada hari pembubaran Parlimen Rabu lepas, Samy Vellu menyifatkan dirinya sebagai calon boleh menang semasa menjawab pertanyaan pemberita pada satu majlis penyerahan bantuan kepada Tabung Wira Lahad Datu di Kuala Lumpur.

- Bernama

ADS