'Waytha mahu jadi Samy Vellu baru'

Dalam kempen P Uthayakumar di Kota Raja, poster besar tergantung di luar pejabatnya, dengan wajahnya terpampang, serta sebaris tulis: ‘P Uthayakumar - One-man show since 1990' .

Uthayakumar, antara pengasas Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), untuk beberapa bulan ini kekal diam terhadap cubaan saudaranya P Waythamoorthy untuk berunding dengan kedua-dua pihak, Pakatan Rakyat dan BN berhubung rangka tindakan pergerakan itu.

Tetapi, tindakan adiknya itu menandatangani persefahaman dan mengisytiharkan menyokong BN minggu lalu dan mendesak masyarakat India mengembalikan majoriti 2/3 dalam parlimen kepada BN mencetuskan kemarahan Uthayakumar.

"Waytha nampakanya cuma hendak jadi Samy Vellu baru. Dia 'mandore' baru yang sedang meningkat naik, yang mensasarkan kerusi menteri dalam kabinet Najib Razak," katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.