Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata beliau percaya PAS merupakan satu-satunya parti yang boleh membimbing Malaysia ke arah Islam.

"Hanya PAS boleh bawa kesedaran," katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan borang keahliannya kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

NONE "Saya mesti menyokong parti yang boleh membawa kepada panduan (Islam)," tambahnya.

Bekas menteri besar Selangor itu mengakui bahawa BN telah membawa pembangunan di Malaysia, namun pembangunan itu, menurutnya, dijalankan "tanpa roh."

"Islam mesti berkembang dari bandar-bandar, seperti Mekah dan Medinah menjadi pusat penyebaran Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sepatutnya bandar-bandar menjadi pemancar kepada agama Islam"

"Lembah Kelang adalah Metropolis, sepatutnya menjadi panduan kepada (penduduk luar bandar)," katanya lagi.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, timbalan mursyidul am Datuk Haron Din serta dua naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

[Baca berita penuh]

ADS