Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya malam tadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan.

    

Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.

    

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9 "Saya pasti dalam masa terdekat mereka akan keluar ke jalan dan menimbulkan masalah khususnya kepada golongan peniaga," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah 'Master Foreign Going' daripada Persatuan Malim-Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) di Shah Alam.

Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai ribuan orang, bertujuan membantah keputusan PRU13.

Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi.

- Bernama

1. 120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat

2. Rafizi ketuai siasatan penipuan p'raya

3. Tiada lagi projek 16 September

4. Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'

5. Pakatan tolak keputusan p'raya

 

ADS