Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah sampai hadiah pada kumpulan bimbingan Man Kidal

Kumpulan The Fingers dari Kuala Lumpur menjuarai rancangan realiti televisyen 'Sentuhan Ikon 2013' untuk membawa pulang RM50,000 serta kontrak rakaman bersama syarikat Interglobal.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan hadiah kepada kumpulan bimbingan pemain gitar tersohor Man Kidal dari Lefthanded.

Kumpulan Suwara bimbingan penyanyi Datuk David Arumugam dari Alleycats merangkul gelaran sebagai naib juara manakala Massive Consice yang dibimbing Mus dari kumpulan May di tempat ketiga.

Kedua-dua kumpulan muzik dari Johor itu, masing-masing membawa pulang RM30,000 dan RM15,000.

Dua lagi kumpulan iaitu Delova dan Taxi, yang turut beraksi di pusingan akhir, menerima hadiah sagu hati RM5,000 daripada Rosmah.

Rancangan realiti televisyen yang berlangsung di Panggung Anniversary dan bersiaran secara langsung menerusi RTM itu bertujuan mencari pelapis band muzik negara di bawah bimbingan beberapa pemuzik terkenal tanah air, dan peserta perlu berumur 40 tahun ke bawah.

Program terbitan syarikat tempatan Marhaen Productions Sdn Bhd itu turut menampilkan panel juri terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail, Othman Masri dan Helen Yap.

Program itu ditaja oleh Felda, RTM dan Marhaen Productions.

- Bernama

ADS