Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'MIC terus jadi payung kepada masyarakat India'

MIC akan terus menjadi payung kepada masyarakat India di di negara ini walaupun dengan pelantikan mengejut pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    

Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata kini terpulang kepada Waythamoorthy untuk membuktikan sama ada Hindraf akan menunaikan janji untuk memperbaiki kedudukan ekonomi kaum India.

    

"MIC sentiasa merupakan sebuah parti yang mampu melaksanakan apa-apa tugas yang dirancang dengan memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat India," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.

    

Bekas Menteri Kerja Raya itu kini berada di Bangladesh atas tugas rasmi sebagai Duta Khas Infrastruktur Bagi India dan Asia Pasifik.

    

Samy Vellu berkata jika seseorang mengatakan pelantikan Waythamoorthy itu akan menyebabkan wakil MIC berhenti memberi khidmat kepada masyarakat maka 'orang seperti itu lebih baik bunuh diri'.

    

Beliau berkata tidak ada perbezaan antara pelantikan Waythamoorthy dengan wakil India lain dalam Kabinet kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ingin memberi peluang kepada seorang lagi pemimpin India.

    

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib atas pelantikan barisan baru Kabinet Persekutuan, Samy Vellu berharap setiap pemimpin akan membawa banyak perubahan dalam pentabiran kerajaan.

    

"Kerajaan ini perlu berbeza. Ia perlu mengutamakan rakyat di mana menteri dan timbalan menteri perlu mempunyai hubungan secara langsung dengan rakyat supaya kerajaan dan Barisan Nasional akan terus dimantapkan," katanya.

    

Sebagai seorang pemimpin veteran, Samy Vellu berkata pemimpin harus bersedia berdepan dengan cabaran serta menjaga keamanan dan keharmonian yang dinikmati sejak 55 tahun lepas.

    

"Saya pasti Najib mampu mengendalikan keadaan dengan baik dan saya mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik," katanya.

- Bernama

ADS