Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Subra: Masyarakat India perlu terima lantikan Wytha

MIC menghormati keputusan Perdana Menteri melantik pengerusi Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri meskipun ia sebelum ini mempunyai pandangan berbeza, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr S Subramaniam.

    

NONE Sehubungan itu, Dr Subramaniam meminta masyarakat India, khususnya anggota MIC menerima keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak melantik peguam berusia 47 tahun itu.

    

Katanya Najib sudah semestinya mempunyai sebab dan alasan tertentu untuk membawa masuk pemimpin Hindraf yang suatu ketika dahulu menentang dan mengkritik kuat MIC dan kerajaan Barisan Nasional (BN), kononnya tidak membela nasib masyarakat India.

    

"Perkara ini tidak dibincangkan dengan kita (MIC) dan bagi kita ini juga merupakan satu 'berita'.

    

"Beliau (Najib) telah membuat keputusan, walaupun pandangan kita berbeza (dan) terdapat reaksi (berbeza) daripada masyarakat India. Jadi kita perlu menghormati (keputusan) beliau (Najib), dan kita perlu terima Waythamoorthy," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perpisahan untuk beliau dan bekas timbalannya Datuk Maznah Mazlan di Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya hari ini.

    

Dr Subramaniam kini dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Pada pilihan raya umum  5 Mei lepas, Maznah mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Muaadzam Shah di Pahang.

    

hindraf 5th anniversary 251112 waythamoorthy waytha moorthy Dr Subramaniam berkata, apa yang penting sekarang ialah kesediaan Waythamoorthy untuk berkerja sebagai satu pasukan dengan MIC dan parti komponen lain demi kepentingan masyarakat India secara khusus dan rakyat secara umumnya.

    

"Saya harap Waythamoorthy akan bekerjasama dengan kepimpinan Barisan Nasional dan MIC. Adalah amat penting untuk kami bekerja sebagai satu kumpulan. Saya harap MIC juga akan menerima keputusan PM," katanya.

    

Waythamoorthy, anak kelahiran Kelantan merupakan pemimpin masyarakat India dari badan bukan kerajaan yang pertama dilantik sebagai timbalan menteri.

    

Pada 18 April lepas, Hindraf dan BN memeterai memorandum persefahaman (MoU) merangkumi enam perkara utama dengan tujuan membawa masyarakat India yang miskin ke arus perdana pembangunan negara.

- Bernama

ADS