Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wanita berusia 72 tahun yang mengadakan mogok lapar membantah loji pemprosesan nadir bumi Lynas, memohon Yang di-Pertuan Agong untuk campurtangan dan memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan dan negeri untuk menutupnya serta merta.

Tuw Yin Lan yang berasal daripada Kuantan membuat rayuan itu melalui petisyen untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Dalam petisyennya, Yin Lan menyatakan dia tidak menjamah sebarang makanan sejak 25 hari lalu untuk menunjukkan kesungguhannya menuntut langkah pemulihan daripada pihak berkuasa.

Menurutnya lagi, dia bersedia untuk mengorbankan hidupnya sekiranya ia memberi seribu makna pada perjuangan selama tiga tahun itu untuk menghentikan operasi loji berkenaan.

Dia juga berkata kekalahan BN di parlimen Indera Mahkota dan Kuantan pada pilihan raya umum lalu membuktikan rakyat Kuantan menentang loji itu yang didakwanya boleh membawa kemudaratan pada penduduknya jika berlaku kebocoran.

[Baca berita penuh]

ADS