Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

azlan Mereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat

permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka.

Ashok memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari.

Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut.

Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi.

"Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama.

"Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya.

Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah.

Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili.

Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan.

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari.

NONE Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah

didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya.

Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh.

[Baca berita penuh]

ADS