Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM syor EAIC gugur Mohd Nadzri Ibrahim
Diterbitkan:  Jun 13, 2013 8:56 PM
Dikemaskini: 11:53 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) supaya menggugurkan Mohd Nadzri Ibrahim daripada bertindak sebagai pegawai penyiasat pasukan yang menyiasat kes kematian tahanan dalam lokap polis.

"SPRM tidak mahu pegawai SPRM dikaitkan dalam mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam hal ini, tambahnya, SPRM ingin menegaskan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai SPRM yang telah dipinjamkan ke EAIC sejak lebih setahun lalu, merupakan seorang pegawai yang telah menjalankan tugasnya secara profesional selama ini.

"Sebagaimana SPRM, SPRM yakin bahawa EAIC sebagai sebuah suruhanjaya, yang bertindak secara bebas, juga mahu memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat dalam isu kematian dalam tahanan," katanya.

ADS