Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PARLIMEN Anggota Parlimen BN menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum.

bung mokhtar parliament 080708 01 Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, orang seperti Azran tidak layak berada di negara ini dan patut berhijrah ke negara lain.

Bagaimanapun, speaker Pandikar Amin Mulia mencelah dan berkata, tidak perlu mengkritik seseorang yang tidak boleh menjawab balik.

Beliau menegur supaya anggota Parlimen itu tidak menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja dan beliau mengingatkan supaya membahaskan isu berkaitan sahaja.

Bagaimanapun, Bung Mokhtar terus mengkritik Azran dengan menggelarnya "Melayu biadab" ketika bertukar hujah dengan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

[Baca berita penuh]

ADS