Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isteri bimbang Uthaya di penjara boleh jadi lumpuh

Terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan pemimpin Hindraf, P Uthayakumar boleh menjadi lumpuh kerana keperluan perubatannya di penjara tidak dipenuhi, kata isterinya, S Indra Devi.

Indra memberitahu satu sidang akhbar di Brickfields hari ini bahawa suaminya mengalami penyakit cakera degeneratif lumbar tulang belakang, yang menyebabkan ia mengalami sakit belakang yang teruk.

NONE "Walaupun empat doktor telah memaklumkan apa yang berlaku

pada Uthayakumar, tetapi mereka enggan memberinya bantal dan kerusi seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

"Dia tidur di atas lantai dengan tilam yang sangat nipis dan dalam kesakitan yang berterusan. Ia boleh menyebabkan dia lumpuh ... Saya tak tahu," kata Indra dalam linangan air mata.

Beliau berkata seorang pegawai penjara juga berkata bahawa bantal telah diberi kepada Uthayakumar, tetapi apabila bercakap dengan suaminya, ternyata ia tidak benar.

Menurutnya, Uthayakumar yang ditempatkan di sel penjara perubatan, telah dipindahkan ke blok sel yang menempatkan penjenayah "tegar".

Indra juga menyangkal dakwaan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa Uthayakumar telah dipindahkan dari sel perubatan selepas dua minggu atas permintaan suaminya sendiri.

"Apa yang dimintanya ialah supaya dia diasing daripada banduan lain yang mengalami penyakit batuk kering, tetapi mahu kekal dalam blok perubatan yang sama.

[Baca berita penuh]

ADS