Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali hari ini enggan mengulas apabila ditanya sekiranya empat orang peserta pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 dimaafkan ekoran tindakan mereka yang didakwa menghina fatwa.

NONE Che Mat juga berkata siasatan masih dijalankan ke atas empat wanita Islam tersebut – Sara Amelia Muhammad Bernard, Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh.

"Mengenai ratu cantik, masih lagi dalam siasatan. Kita akan keluarkan (keputusan siasatan). Masih lagi dalam kertas itu lagilah. Saya tidak ada komen apa-apa lagi.

"Itu saya tidak mahu komen lagi (cadangan dimaafkan). Sedang dalam siasatan," katanya ketika ditanya pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada pesakit di Hospital Ampang di ibu negara.

JAWI pada 23 Julai lalu membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) ekoran kenyataan peserta berkenaan yang didakwa mempertikaikan keputusan fatwa berhubung penyertaan pertandingan tersebut.

Empat jelitawan berkenaan menghadapi hukuman denda tidak melebihi 3,000 atau penjara oleh Mahkamah Syariah, selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

[Berita penuh menyusul]

ADS