Najib minta pihak berkuasa Mesir tak bertindak melulu
Diterbitkan: Aug 15, 2013 10:47 AM | Dikemas kini: Aug 15, 2013 10:53 AM
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir, baru-baru ini supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai.
Perdana Menteri dalam posting terbaru dalam akaun Twitter dan Facebooknya juga meminta pihak berkuasa negara itu supaya jangan bertindak melulu.
"Kami risau dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kematian orang awam dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi di dua dataran utama di Kaherah.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.