Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Harga makanan hanya akan naik 0.1 peratus
Diterbitkan:  Sep 3, 2013 2:51 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata kenaikan harga minyak hanya akan menyebabkan harga makanan meningkat 0.1 peratus.

Laporan New Straits Times menyebut, perkara itu ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan kementerian berhubung impak ke atas pengeluaran makanan.

"Kita telah melakukan yang terbaik untuk memastikan apa-apa tindakan untuk mengurangkan subsidi tidak akan membebankan pedagang. Oleh itu, kita tidak melihat apa-apa sebab untuk mereka menaikan harga makanan sebagai kesan dari kenaikan petrol,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Tambahnya, pegawai penguatkuasa kementeriannya ditugaskan ke seluruh negeri untuk memantau harga makanan bagi memastikan pedagang tidak mengambil kesempatan ke atas pengurangan subsidi untuk menaikkan harga.

Hasan berkata pengurangan subsidi akan menguntungkan pengguna kerana ia akan disalurkan kepada program kebajikan lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pengurangan subsidi tersebut semalam berkata impak kenaikan harga petrol akan ditampan dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih besar.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah kenaikan BR1M itu.

Dalam manifesto pilihan rayanya BN berjanji untuk menaikkan BR1M dari RM500 kepada RM1200 untuk rakyat Malaysia yang layak sekiranya parti itu kembali dipilih dalam pilihan raya ke-13.

ADS