Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak kerana ia ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memberitahu Parlimen pagi ini bahawa kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak.

jemaah al ehsan kuala besut pc 200713 umno information chief ahmad maslan Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Ahmad berkata, golongan berpendapatan tinggi, 40 peratus daripada keseluruhan rakyat, menikmat hampir 80 peratus subsidi yang diberikan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, subsidi tidak begitu berkesan untuk sampai ke kumpulan sasaran.

Sementara itu, Ahmad menegaskan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dimasukkan dalam belanjawan tahun depan, akan memastikan bantuan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah sampai ke sasaran.

[Baca berita penuh]

ADS