Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bukan pakar' dibayar RM20j untuk pelan pendidikan

Anggota Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.

NONE Bagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai.

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu.

"Setakat yang saya tahu, ini kali pertama perunding luar digunakan untuk mendraf rangka dasar pendidikan Malaysia dan dengan kos ini," kata Ong dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS