Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kongres Melayu persoal tiada 'Melayu Asli' dalam DAP
Diterbitkan:  Sep 30, 2013 3:36 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), pengkritik paling lantang terhadap DAP Pulau Pinang, masih tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula parti itu, yang menyaksikan status quo 20 anggota jawatankuasa eksekutifnya kekal.

Penang Malay Congress president (KMPP) Rahmad Isahak 1 Presidennya Rahmad Isahak ( kanan ) mempersoalkan apa yang terjadi kepada tujuh "Melayu Asli" yang bertanding dalam pemilihan berbanding hanya seorang calon yang menang, Zairil Khir Johari.

Zairil yang juga anggota Parlimen Bukit Bendera, berjaya terpilih setelah mendapat 1,132 undi, sekali gus meletakkannya di tangga ke-12.

Bagaimanapun, NGO Melayu itu berkata, Zairil bukan "Melayu Asli" kerana mempunyai darah Cina daripada sebelah ibunya.

Calon Melayu lain yang hampir memenangi kerusi, senaror DAP Ariffin SM Omar (441), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441) dan Ahmad Ton (351).

Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor yang secara terbuka mengkritik DAP seminggu sebelum pemilihan, sekali lagi gagal menempatkan diri.

"Kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman serta pembohongan-pembohongan yang berterusan tersebut telah membawa kepada kesemua tujuh calon melayu asli kecundang serta ditolak oleh perwakilan.

"Kalau DAP mampu membantu orang Melayu bagaimana mungkin kesemua calon 'Melayu Asli' berkenaan boleh kalah?

[Baca berita penuh]

ADS