Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC kenal pasti 4 kementerian untuk disiasat

Jawatankuasa Kira-Kira Wang negara (PAC) mengenal pasti empat kementerian untuk disiasat selepas penelitian awal terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan hari ini.

Anggota-anggota baru PAC yang bermesyuarat buat pertama kali di bangunan Parlimen hari ini akan menentukan projek-projek yang akan diberikan keutamaan untuk disiasat dalam masa tiga minggu seterusnya.

NONEPengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed (kanan) memberitahu wartawan pada sidang media hari ini yang projek-projek itu melibatkan "pembinaan dan juga pemerolehan".

PAC katanya akan bermesyuarat semula pada 21 Oktober ini, katanya lagi.

Sementara itu, satu sumber yang rapat dengan jawatankuasa itu memberitahu yang PAC akan menyiasat satu "dokumen tidak lengkap' yang difailkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Satu lagi projek difahamkan merupakan sistem pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, satu insinerator dan perbezaan dalam pemerolehan Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang disifatkan sebagai "kecil" sahaja.

[Baca berita penuh]

ADS