Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO / 3:05 MINIT

Orang awam dapat mengetahui "maklumat menarik" berhubung Pusat Fidlot Nasional jika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersetuju membentangkan laporan siasatannya terhadap kes kontroversi itu di Dewan Rakyat.

NONEAnggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, PAC - yang dianggotainya - harus merestui laporan itu terlebih dahulu, kerana diselesaikan oleh anggota sebelum ini yang sudah tamat perkhidmatan.

"PAC sebelum ini menyiasat projek NFC dan laporannya diselesaikan selepas persidangan (2008-13 Dewan Rakyat) selesai. Oleh itu ia tidak dibentangkan," jelasnya.

"Saya akan minta PAC untuk penggal ini merestui laporan itu dan jika ya, kami boleh bentangkan di Dewan Rakyat," katanya.

Projek yang diuruskan oleh anggota keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil itu menerima RM250 juta pinjaman mudah kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengetengahkan kelemahan projek itu.

[Baca berita penuh]

ADS