Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: K'jaan belanja RM4 juta sehari untuk perunding

MP Kelana Jaya Wong Chen berkata kerajaan membayar sekurang-kurangnya RM7.2 bilion kepada firma perunding swasta sejak lima tahun lalu.

NONEMenurut Wong Chen, jumlah tersebut diperolehinya dalam satu jawapan bertulis dari menteri kewangan di Parlimen semalam.

Secara purata, ini menunjukkan kerajaan membayar perunding swasta RM125 juta sebulan atau RM4 juta sehari, katanya.

Tambahnya lagi, perbelanjaan tersebut juga meningkat sebanyak 13.5 peratus setiap tahun bermula dari tahun 2009 sehingga bulan Oktober 2013.

Bercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Wong berkata peningkatan ini adalah dua kali ganda lebih besar dari kadar pertumbuhan pendapatan negara.

Menurut Wong lagi, pola mengupah perunding luar ini membimbangkan kerana orang ramai sukar menilai sama ada kerajaan membayar yuran perkhidmatan yang wajar kepada perunding berkenaan.

Jelasnya, ini memandangkan para perunding ini tidak meletakkan yuran perkhidmatan yang tetap untuk perbandingan.

"Pergantungan kepada firma perunding swasta ini mencerminkan kurangnya kepercayaan kepimpinan BN terhadap perkhidmatan awam,"

NONENamun kementerian kewangan tetap mempertahankan perbelanjaan ini dengan memberi alasan bahawa kerajaan tidak mempunyai kepakaran penyelidik yang mencukupi, kata Wong.

Beliau yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan kerajaan itu menuntut agar kesemua kementerian mendedahkan senarai terperinci perbelanjaan serta firma perunding yang telah diupah.

Isu bayaran kepada perunding ini pada awalnya dibangkitkan MP Serdang Ong Kian Ming pada September lalu, yang mendedahkan bahawah kerajaan membayar lebih RM20.56 juta kepada firma McKinsey and Co untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Beliau mempertikaikan jumlah itu yang didakwa dibayar kepada pihak yang "bukan pakar" memandangkan McKinsey and Co bukan sebuah firma dengan kepakaran khusus dalam bidang pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya tidak lama selepas itu berkata jumlah itu wajar dan berjanji akan memberikan perincian kepada pembayaran yang telah dibuat.

ADS