Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pemimpin perniagaan percaya bahawa Datuk Seri Najib Razak menderita amnesia pasca pilihan raya yang membuatkan beliau lupa bahawa beliau perdana menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.

p sivakumar miba interview 120609Telahan Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar (kiri) itu disimpulkan berdasarkan keputusan perdana menteri untuk hadir ke mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Sri Lanka.

Turut menjadi mangsa kritikannya, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang dicadangkannya untuk meletakkan jawatan berhubung perkara itu.

"Orang Tamil mewakili 70 peratus daripada masyarakat India di Malaysia dan perdana menteri masih tidak memberi perhatian kepada gesaan memulaukan mesyuarat itu di Sri Lanka.

"Orang Tamil dibunuh beramai-ramai di Sri Lanka... ini langkah penghapusan kaum. Najib harus lebih sensitif dan menghormati perasaan masyarakat Tamil.

"Tetapi perdana menteri, yang berulang kali menggesa masyarakat India memberikan nambikei (kepercayaan) kepadanya semasa pilihan raya, (perihal) ekonomi didahulukan," katanya kepada Malaysiakini.

Sivakumar berkata, isu di Sri Lanka bukan semata-mata berkait kebimbangan orang Tamil tetapi seluruh rakyat Malaysia yang hormat pada hak asasi manusia.

[Baca berita penuh]

ADS