Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP Pandan Rafizi Ramli mempersoal prestasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya “takut untuk menyiasat dan mendakwa ahli politik" kerana hanya mampu mendakwa lima orang ahli politik berkaitan kes rasuah dalam masa empat tahun.

NONE Rafizi ( kanan ) berkata, statistik itu diperolehi melalui jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan semalam yang menyebut bahawa "sembilan orang ahli politik ditangkap dan lima orang telah didakwa di mahkamah".

Katanya, beliau masih tidak berpuas hati kerana menteri berkenaan masih tidak menjelaskan jumlah laporan rasuah yang diterima SPRM, jumlah kertas siasatan yang dibuka, dan jumlah kertas siasatan yang dihantar kepada peguam negara.

"Mereka perlu jelaskan kenapa hanya sembilan orang ahli politik disiasat sepanjang tempoh empat tahun," katanya.

Beliau seterusnya mendakwa, prestasi berkenaan menunjukkan SPRM turut melindungi ahli politik yang rasuah.

"Dari jawapan di Parlimen ini saya rumuskan SPRM pun turut sama melindungi ahli politik yang rasuah ," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Statistik itu, kata Rafizi, tidak selari dengan persepsi masyarakat yang menganggap ahli politik merupakan golongan yang paling kuat menerima rasuah di samping penguatkuasa undang-undang.

"Saya pasti lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang yang didakwa di mahkamah dalam tempoh yang sama berbanding ahli politik," katanya.

"Oleh itu saya yakin bahawa kadar sabitan kesalahan rasuah melibatkan ahli politik sebanyak satu orang setiap tahun sejak 2010 adalah kerana SPRM tidak mahu menyiasat ahli politik, sedangkan ahli politik dipandang umum sebagai golongan yang paling banyak bergelumang dengan rasuah," katanya.

ADS