Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Majlis Hal Ehwal Islam Johor (MAIJ) menafikan dakwaan berlaku salahguna dana zakat seperti yang didakwa oleh seorang pemohon.

Menjawab kepada Malaysiakini, MAIJ berkata ia telah mengarahkan pembekal untuk menyediakan barang-barang bernilai RM4,850 yang telah diluluskan.

Oleh itu, ia menafikan bahawa nilai runcit barang-barang tersebut hanya RM744, seperti yang didakwa oleh seorang lelaki orang kurang upaya, Azizan Ja'far.

"Permohonan Azizan telah diluluskan pada bulan Oktober 2012, untuk autoclave steriliser berjumlah RM3,500 dan alat-alat bekam berkualiti sebanyak enam unit berjumlah berkualiti bekam RM1,350," kata MAIJ.

NONE Ini walaupun gambar barangan yang ditunjukkan oleh Azizan itu sebenarnya "tower warmer" (pemanas tuala) dan bukan industrial autoclave. Harga runcit bagi pemanas tuala kurang daripada RM1,000 di E-Stores yang disemak oleh Malaysiakini.

Bungkusan untuk cawan bekam juga kelihatan sama dengan yang dijual dengan harga kurang daripada RM10 setiap satu.

MAIJ juga menafikan dakwaan Azizan bahawa pembekal telah "mengambil" sebahagian daripada bantuan yang telah diluluskan MAIJ kepada pemohon.

Sebaliknya, MAIJ mendakwa bahawa Azizan telah meminta pembekal memberi wang tunai dan bukannya bantuan dalam bentuk barangan, dan itu melanggar prosedur.

[Baca berita penuh]

1. Aduan pada SPRM dakwaan 'salahguna dana zakat'

ADS