Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Pemimpin hipokrit halang Muslim berjudi
Diterbitkan:  Nov 29, 2013 12:31 PM
Dikemaskini: 4:36 AM

Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya

NONE Menulis di Twitter semalam, Zaid ( kiri ) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.

"Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan.

"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

NONE Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron ( kanan ) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, lapor Bernama .

Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.

ADS