Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan memperkenalkan sistem indeks penunjuk prestasi (KPI) untuk mengukuhkan pengaruh parti itu.

Najib berkata, setiap cawangan dan bahagian akan dipantau dan diaudit secara berkala untuk menilai prestasi masing-masing melalui sistem itu.

“Melalui kaedah ini, sebarang isu, masalah atau ketidakpatuhan yang berlaku boleh dikesan dan tindakan pembetulan dapat diambil dengan segera,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

Dalam sidang media kemudiannya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyambut baik cadangan presiden parti untuk memperkenalkan sistem KPI untuk setiap bahagian dan negeri.

"Ia amat baik dengan adanya budaya KPI. Ada audit parti telus dan dipantau (setiap masa)," katanya.

Di samping itu, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berharap pergerakan itu diberi peluang menerajui agenda perkaderan untuk memperkukuhkan parti seperti yang terkandung dalam ucapan Najib itu.

ADS