Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas menteri besar Selangor Mohamad Khir Toyo meminta maaf kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (bawah) atas penyiaran artikelnya di blog lima tahun lalu berkaitan isu azan.

Khir juga bersetuju membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan sebagai kos untuk Kok.

Sebagai balasan, Kok bersetuju menarik balik samannya.

NONEPerkara ini dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid hari ini.

Khir membacakan kenyataan maafnya di mahkamah terbuka:

"Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama dalam saman ini, tanpa pengakuan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian kerana menyebabkan penerbitan di blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti dinyatakan dalam kenyataan tuntutan."

"Saya menyesal menerbitkannya dan bersetuju membayar kos."

Kok pada Disember 2008 memfailkan tindakan terhadap Khir dan Utusan Malaysia dalam saman RM30 juta setiap seorang.

[Baca berita penuh]

ADS