Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan BN diingatkan pada manifesto kurangkan tol
Diterbitkan:  Dec 18, 2013 3:51 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Anggota Parlimen Kepala Batas daripada BN R Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengingatkan kerajaan BN kepada akujanji mereka sendiri dalam pilihan raya berhubung kos sara hidup sebelum menaikkan kadar tol lebuh raya.

NONE Katanya, dalam akujanji itu, BN secara spesifik berjanji mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat dalam agenda pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan pembangunan luar bandar.

"Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan oleh pihak kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

"Kenaikan dalam apa sahaja kuantum, akan menyukarkan rakyat khususnya dalam bandar, dan kalangan mereka yang sentiasa perlu menggunakan laluan bertol, baik dalam bandar mahupun antara bandar."

ADS