Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengesyorkan dos 'viagra politik' bagi 'menegangkan' kembali semangat parti itu yang kini 'lembik'.

"Anda ada ahli, anda ada penyokong tapi ia seperti, masih ada keupayaan tapi lemah semangat.

"Kita perlu sedikit 'viagra politik'... Kita akan meminta menteri kesihatan untuk memberi ubat," kata beliau disambut gelak tawa seluruh dewan ketika ucapan pembukaan perhimpunan agung MCA ke 60 hari ini.

Najib berkata demikian untuk memberi penekanan keperluan MCA untuk kembali segar dan bernafas semula. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib menggariskan empat langkah yang perlu diambil MCA untuk mengembalikan kekuatan parti kedua paling kanan dalam BN itu.

Berhadapan dengan para perwakilan MCA ketika merasmikan perhimpunan agung parti berkenaan di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini, Najib menyentuh pendekatan reunite , restrategies , reinvigorate dan reestablish dalam ucapannya dalam usaha mengembalikan kekuatan parti itu.

Beliau berkata anggota MCA yang bakal memilih barisan kepimpinan utama mereka sempena Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA hari ini, perlu reunite (bersatu semula) bagi mengelakkan perbalahan dan perpecahan.

"Setiap kali ada pertandingan, asyik berpecah, jadi MCA sebagai sebuah parti akan jadi lebih kecil pengaruhnya sebab sudah berpecah dan terus berpecah.

"Oleh itu, anggaplah ini sebagai mungkin seruan terakhir bagi MCA. Mungkin ini isyarat seruan terakhir daripada masyarakat Cina, bukan lagi satu panggilan untuk menyedarkan, ini adalah seruan terakhir bagi MCA oleh masyarakat Cina.

"Kita rapatkan barisan, yang menang dengan kemenangan besar, kalah dalam kekalahan yang santun dan menerimanya sebagai pertandingan dalam keluarga tanpa perasaan dendam," beliau dipetik sebagai oleh agensi berita nasional.

ADS