Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menjemput MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai satu gabungan NGO Melayu yang akan ditubuhkan bersama beberapa pertubuhan seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA).

Ibrahim dalam ucapannya di mesyuarat agung PERKASA hari ini berkata, beliau yakin bahawa Tengku Razaleigh akan mendapat sokongan luar biasa sekiranya dapat mengetuai gabungan NGO tersebut.

"Kita minta, dalam keadaan gawat ini kita tak boleh duduk diam. Kalau orang lain pimpin tak boleh, tapi kalau Tengku tampil ke depan, Insya-Allah dapat sokongan tak berbelah bahagi," kata Ibrahim.

Putera raja Kelantan itu yang hadir selaku jemputan kehormat ke majlis berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau menerima atau menolak pelawaan tersebut.

Dalam ucapan perasmiannya, Tengku Razaleigh sebaliknya menggesa PERKASA agar mengamalkan pendekatan terbuka dalam memperjuangkan agama dan bangsa dan tidak perlu menggunakan peruntukan Perlembagaan untuk bersaing dengan kaum lain.

Pada majlis yang sama, PERKASA turut menyampaikan anugerah khas Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa kepada Tengku Razaleigh.

ADS