Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Dedahkan jumlah dana k'jaan pada PERKASA
Diterbitkan:  Dec 26, 2013 1:11 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

PKR mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan jumlah sepenuhnya dana awam yang diberikan untuk menyokong kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Ia ekoran pengakuan PERKASA semalam bahawa mereka menerima dana daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tana Negara (BTN).

“PERKASA sebuah kumpulan pelampau yang terkenal dengan ucapan kebencian dan hasutan perkauman.

“Kenapa dana dan sumber kerajaan digunakan untuk membantu dan mempromosikan organisasi seperti ini?” kata Naib Presiden PKR N Surendran ( kiri ) dalam kenyataan hari ini.

“Pengakuan PERKASA mengejutkan dan tidak pernah berlaku; ia bukti jelas bahawa Najib, Umno dan BN secara aktif menyokong ucapan kebencian, hasutan dan perkauman.”

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali semalam mengakui tiga agensi itu menyalurkan bantuan kepada mereka bagi menjayakan programnya.

Bagaimanapun, katanya, bantuan itu tidaklah sebanyak mana berbanding usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.

Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk menggantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.

[Baca berita penuh]

ADS