10 bekas exco N Sembilan tarik balik saman pemula cabar batal pelantikan
Sepuluh bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan menarik balik saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban pada 5 Okt lalu bagi mencabar kesahihan warta yang membatalkan pelantikan mereka.
Dalam prosiding secara dalam talian hari ini, peguam Hafarizam Harun memaklumkan kepada Hakim Roz Mawar Rozain bahawa keputusan menarik balik saman itu dibuat susulan perkembangan semasa.
Dia merujuk kepada peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim yang diumumkan dua hari lalu.
“Alasan penarikan balik saman ini, Yang Arif, adalah kerana perkembangan semasa telah mengatasi perkara yang dibangkitkan dan bahawa anggota Exco negeri, selaras dengan peruntukan perlembagaan, apabila seseorang Menteri Besar meletakkan jawatan, keseluruhan Exco juga akan gugur atau terbubar.
“Itu sahaja yang ingin saya nyatakan," katanya.
Hafarizam menegaskan anak guamnya, yang merupakan plaintif dalam saman berkenaan, mengambil pendirian bahawa tindakan itu perlu ditarik balik mengambil kira peruntukan perlembagaan serta keputusan Menteri Besar untuk meletakkan jawatan.
[Berita penuh menyusul]
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/111111_761458.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.