Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Newsmaker 2013 pilihan pembaca ialah...
Diterbitkan:  Dec 31, 2013 2:13 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Mengikut tradisi setiap tahun, selama lebih satu dekad, Malaysiakini akan memilih seorang newsmaker sebelum kita melabuhkan tirai hujung tahun.

Newsmaker ini dipilih mengikut takrif  'seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau lebih teruk lagi'.

Tahun ini, Malaysiakini menyenaraikan 12 individu bagi anugerah Newsmaker 2013 untuk dipilih oleh seramai 1,450 orang pelanggan berbayar portal berita ini.

Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka bagi setiap tokoh – satu markah untuk pilihan paling rendah dan 10 markah untuk pilihan paling tinggi.

Berdasarkan keputusan tinjauan ini, pembaca Malaysiakini pada tahun ini nampaknya memberi pengiktirafan kepada wanita paling kontroversi di Malaysia.

Dan pemenangnya ialah...

Newsmaker 2013 ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pelbagai kontroversi menghimpit Rosmah selama beberapa tahun ini. Tapi apa yang menyebabkan beliau memenangi anugerah tahun ini – berbanding pencapaian di tangga ketujuh pada tahun lalu – mungkin kerana liputan mengenai lawatan beliau ke luar negara menggunakan jet peribadi dibiayai kerajaan.

Rosmah adalah wanita kedua yang memenangi anugerah yang diperkenalkan pada 2001 ini secara mutlak. Datuk Ambiga Sreenevasan memenanginya pada tahun lalu sementara Datuk Seri Rafidah Aziz berkongsi anugerah bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2005.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meraih populariti melalui kenyataan "tembak dahulu" mengekori rapat di tangga kedua.

Menariknya, satu lagi entiti kontroversi, Suruhanjaya Pilihan Raya meraih tempat ketiga dalam senarai tahun ini.

Di hujung senarai ini, persaingan antara dua pengasas Hindraf mendapati si abang, P Uthayakumar yang kini menghadapi hukuman penjara kerana menghasut, dipilih oleh pembaca.

Beliau mengatasi adiknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy yang mendapat kedudukan tercorot dalam senarai tahun ini.

Beriku adalah senarai penuh:

 
1. Datin Seri Rosmah Mansor

(9,552 mata)

2.  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

(9,116)

3. Suruhanjaya Pilihan Raya

(8,752)

4. Datuk Seri Shahrizat Jalil

(7,842)

5. Tan Sri Khalid Ibrahim

(7,721)


6. Mohamad Sabu

(7,380)

7. N Surendran 

(7,325)



8. Tengku Adnan Tengku Mansor

(6,984)

9. Tun Dr Mahathir Mohamad

(6,678)

10. P Uthayakumar

(5,750)

 
 

11. Datuk Seri Mukhriz Mahathir

(5,393)

 
 

 
12. P Waythamoorthy

(4,640)

[Baca berita penuh]

 

ADS