Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz muak laporan 'manipulasi demokrasi'
Diterbitkan:  Jan 29, 2014 5:28 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menyuarakan rasa “muak” dengan laporan akhbar Umno yang mentafsirkan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kajang sebagai “manipulasi demokrasi”.

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menjelaskan tidak tahu tentang strategi atau isu yang berlaku di sebalik pengosongan itu dan menunggu jawapan penjelasan PKR yang menurutnya tentu mempunyai sebab tertentu.

“Saya suka mencabar Umno dan BN, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti,” katanya.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, beliau mengingatkan tentang pertukaran kerajaan di Perak pada 2009 yang didakwanya membelakangkan demokrasi dan rampasan kerajaan melalui pintu belakang.

“Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu.

Beliau juga berkata, sikap PAS berhubung perkembangan terbaru ini wajar diputuskan oleh presiden PAS selaku kuasa eksekutif parti berdasarkan pertimbangan semasa.

ADS