Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Buktikan Kristian perdaya Muslim, Jakim
Diterbitkan:  Feb 3, 2014 11:41 AM
Dikemaskini: 6:12 AM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dituntut membuktikan dakwaannya bahawa penganut Kristian terlibat menipu umat Islam, seperti dinyatakan dalam khutbah Jumaat kelolaannya Jumaat lepas.

Anggota Parlimen Penampang Darell Leiking ( kiri ) juga menuntut siasatan terhadap Jakim dibuat ekoran langkah itu.

“Saya lihat dakwaan Jakim itu serius kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan syak wasangka antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini, yang jika dibiarkan berpotensi mendorong ke arah konflik agama besar-besaran di negara ini,” kada Darell.

“Jadi, seperti jutaan lagi penganut Kristian dalam negara ini yang bosan dijadikan umpan untuk agenda politik, saya gesa Jakim mengemukakan bukti bahawa orang Kristian memperdaya umat Islam supaya berpecah antara satu sama lain dengan segera.”

Dalam kenyataannya, timbalan setiausaha agung PKR itu juga mahukan Datuk Seri Najib Razak segera memulakan siasatan ekoran perkara itu bawah Jabatan Perdana Menteri.

Khutbah: Kenapa terjebak perselisihan?

Khutbah bertajuk "Manhaj Islami dalam perpaduan ummah" itu antaranya mempersoal kenapa umat Islam terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama dan merugikan.

Menurut khutbah, jawapan kepada persoalan itu bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam.

Ia, menurut mimbar lagi, seperti diperingatkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya (bermaksud):

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”

Kit Siang kesal

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula dilapor melahirkan kekesalannya terhadap beberapa khutbah Jumaat itu yang dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.

Katanya, teks khutbah itu amat bertentangan dengan nada positif kerajaan BN untuk menerima tawaran PR agar perbincangan Konsensus Nasional diadakan, lapor akhbar web DAP Roketkini .

[Baca berita penuh]

ADS