Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap Ketua PKR Selangor, Azmin Ali 'tidak bersalah' sementara menunggu hasial penyiasatan untuk mencari siapa yang bertanggunjawab mengambil pekerja kontrak bagi jawatan yang sudah diisi dan dibayar gaji yang lumayan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau berkata demikian setelah mendedahkan bahawa mereka yang ditamatkan kontrak, telah diambil mengisi jawatan yang sudah dipenuhi, atas syor lembaga pengarah PKNS yang turut dianggotai Azmin sebelum ini.

Sebagai menteri besar, Khalid juga merupakan pengerusi PKNS sementara lantikan politik lain dalam lembaga pengarah adalah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Exco Selangor, Iskandar Samad.

Khalid berkata pemberi maklumat PKNS mengadu bahawa sesetengah

pekerja kontrak itu tidak melalui proses temuduga dan menerima gaji setinggi RM30,000 sebulan.

Menjawab soalan, beliau berkata: "Saya anggap ia tidak benar (yang Azmin ambil mereka bekerja), dan jika ia benar, saya akan periksa dengan terperinci kebenaran maklumat itu.

"Semua orang dianggap tidak bersalah (sehingga dibuktikan)," katanya kepada media.

[Baca berita penuh]

ADS