Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seniman pertahan karya dikeluarkan Balai Seni
Diterbitkan:  Feb 14, 2014 9:11 AM
Dikemaskini: 4:29 AM

Seniman yang lukisannya dikeluarkan daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN) pada Rabu mempertahankan karyanya itu sebagai lebih daripada bahan anti-Umno.

Karya berjudul “alksnaabknuaunmo” karya Cheng Yen Pheng itu dikeluarkan daripada pertandingan untuk Anugerah Bakat Muda Sezaman 2013.

Bagi seniman itu, karyanya itu sebenarnya mewakili hak-hak warganegara.

“Karya seni ini tidak bercakap tentang (gerakan) Asalkan Bukan Umno (ABU), tetapi ikon kuasa rakyat.

“Saya bermain-main dengan idea ruang lukisan, ruang pameran dan pendirian politik dalam ruang institusi.

“ABU sendiri (gerakan) masyarakat sivil yang sangat kuat, jadi mungkin boleh saya katakan bahawa saya pinjam ikon ini tanpa kebenaran,” katanya kepada Malaysiakini.

Lukisannya itu disembur cat dengan perkataan “ABU=ASHES”, dan terpilih ke peringkat akhir pertandingan itu.

Perkataan ABU sebelum ini menjadi grafiti popular di seluruh negara bagi membantah pentadbiran Umno.

[Baca berita penuh]

ADS