Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Cat merah telah disimbah di tangga ke pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Bangkai ayam dan gambar Teresa turut ditemui pada kira-kira jam 9

pagi di pejabatnya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, oleh pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut, Sim Foo Lan.

Sim kemudian memaklumkannya kepada Teresa dan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Bercakap kepada media di tempat kejadian, Teresa berkata beliau percaya kejadian itu berkaitan dengan kontroversi video satira politik 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Beliau mendedahkan satu kalungan bunga pengebumian juga ditemui di depan pejabatnya awal bulan ini, pada hari keenam sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya menyeru semua pihak, termasuk media sosial dan penulis blog untuk berhenti memainkan (isu ini). Mereka sudahpun memainkan isu ini selama dua minggu...

"Mereka harus tahu dari sarikatanya. Tidak ada apa-apa dalam kandungan video itu yang menghina orang Melayu atau pemimpin negara," kata Kok.

Naib pengerusi DAP itu bimbang keselamatan dirinya terancam oleh siri kejadian terhadapnya, termasuk demonstrasi di jalanan Kuala Lumpur, di mana sekumpulan NGO Islam menawarkan ganjaran wang untuk menamparnya.

Bagaimanapun, Teresa berkata, orang ramai juga "sangat marah" dengan semua kejadian yang berlaku itu.

Ditanya sama ada dia takut, Teresa berkata: "Ya dan tidak. Saya masih perlu meneruskan kerja saya dan menghadiri majlis untuk bertemu rakyat.

"Saya tidak mempunyai pengawal peribadi. Tetapi apabila saya menghadiri majlis, akan ada lebih ramai orang bersama saya."

Sambil mengutuk kejadian hari ini, Teresa berkata beliau kesal dengan kejadian itu kerana tangga tersebut dikongsi oleh pemilik lapan unit lain di situ.

Sim, yang turut menghadiri sidang akhbar itu, berkata beliau

mengesyaki kejadian itu berlaku antara pukul 11 ​​malam semalam dan 6 pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh beberapa pekerja restoran di sebelah bahawa semua itu tidak ada apabila mereka balik pada jam 11 malam semalam.

"Tetapi mereka mendapati cat disimbah di tangga itu semasa mereka membuka restoran itu kira-kira jam 6 hari ini," kata Sim.

[Baca berita Penuh]

ADS