Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vell Paari: Menteri 'hilang' bila jerebu melanda
Diterbitkan:  Mar 4, 2014 5:29 PM
Dikemaskini: Mar 5, 2014 6:18 AM

Anak bekas presiden MIC S Vell Paari hari ini menyelar presiden parti itu Datuk Seri G Palanivel yang didakwa 'hilang' apabila jerebu melanda beberapa bandar utama di negara ini.

Vell Paari berkata presiden MIC yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar sepatutnya menerangkan kepada rakyat Malaysia berkenaan isu jerebu dan mengarahkan Kementerian Pendidikan menutup sekolah berikutan indeks pencemaran udara (API) yang tidak sihat.

Anak bekas presiden Datuk Seri S Samy Vellu itu turut mendakwa Palanivel lebih berminat melindungi Panda dari negara China.

"Beliau (Palanivel) tidak berminat dengan kehidupan rakyat Malaysia atau hidupan liar Malaysia. Beliau dilihat memberi lebih perhatian bagaimana menjaga Panda dari China yang masih belum tiba di sini.

"Sebagai menteri bertanggungjawab soal alam sekitar, Palanivel ada tugas untuk mengambil berat terhadap rakyat Malaysia dan mejelaskan perkara sebenar. Tapi saya fikir dia tak peduli," katanya.

Vell Paari juga berkata dalam perkara berkaitan kesihatan seperti denggi dan penularan virus H1N1, menteri bertanggungjawab sepatutnya memberi kenyataan kepada media, dan memastikan orang ramai tidak panik.

"Walau ketika pencerobohan Lahad Datu, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan ada di tempat kejadian walau keselamatan mereka terancam.

"Tetapi Palanivel tidak peduli langsung untuk memberi arahan atau panduan untuk keselamatan kanak-kanak dan orang tua. Adakah kita mahu menteri tidak bertanggungjawab seperti ini?," soalnya.

[Baca berita penuh]

ADS