Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: Penjara 5 tahun terlalu berperikemanusiaan
Diterbitkan:  Mar 8, 2014 5:46 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Ketika para pemimpin pembangkang mengutuk keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat, NGO pendesak Melayu, PERKASA pula menyifatkan hukuman itu terlalu ringan.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata Anwar "bernasib baik" kerana hanya dihukum lima tahun penjara.

"Hakim-hakim terlalu berperikemanusian apabila Anwar didapati bersalah, hukumannya lima tahun penjara sahaja, manakala had hukuman sampai 20 tahun dan sebatan.

"Jangkaan saya, jika Anwar didapati bersalah, hukumannya pasti hampir maximum, jika diambilkira rekod jenayah terdahulunya serta statusnya sebagai Pemimpin dan sentiasa mendabik dada," kata Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 dan didapati bersalah atas tuduhan salahguna kuasa dan liwat pada tahun berikutnya, tuduhan yang didakwa Anwar sebagai bermotifkan politik.

Sabitan liwat dibatalkan pada 2004 selepas Tun Mahathir Mohamad bersara daripada jawatan perdana menteri, namun sabitan bagi kesalahan salahguna kuasa kekal.

Bagaimanapun, Anwar dibebaskan dari penjara kerana beliau selesai menjalani hukuman bagi kesalahan tersebut.

Ibrahim, yang ditahan bersama Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa menjadi aktivis pelajar pada 1974, menuduh pemimpin pembangkang itu menjadi punca ketidakstabilan dan perpecahan di kalangan orang Melayu di negara ini.

"Beliau (Anwar) adalah tragedi kepada Malaysia. Ramai orang susah kerananya, bukan memberi kesenangan

"Mulai saat ini, lupalah hal Anwar," tambahnya.

[Baca berita penuh]

ADS