Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Daim: Anwar sudah capai matlamat jadi penghibur
Diterbitkan:  Mar 21, 2014 11:50 AM
Dikemaskini: 5:30 AM

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah "mencapai objektifnya untuk menjadi seorang penghibur" apabila didakwa kerap melemparkan tohmahan kepada dirinya berkaitan perbankan walaupun "tidak tahu dasar-dasar perbankan".

Menurut Daim, Anwar mutakhir ini kerap menjaja cerita yang beliau mengetahui cerita rasuah tentang dirinya yang membuka bank di Eropah Timur dan Afrika.

"Mungkin beliau tidak tahu ada akta 'Money Laundering Act' dan jika ingin menjadi pengarah bank pun, tiap-tiap bank negara di setiap negara akan menyiasat sama ada seseorang itu adalah 'a fit and proper person'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan penuhnya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Tambahnya lagi, dakwaan Anwar yang beliau pernah membawa keluar wang sebanyak RM2 bilion menggunakan pesawat juga tidak benar.

"Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding 'cash in circulation' di dalam negara ini.

"Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari 'money circulation' tidak akan cukup wan tunai untuk diniagakan di negara ini.

"Sebagai (bekas) menteri kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari 'circulation', Bank Negara terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada 'cash in circulation'.

"Tidakkah menteri kewangan tahu perkara semudah ini?" katanya.

ADS