Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kesatuan sekerja menggesa perdana menteri menggugurkan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir ekoran kerugian dan dakwaan kelemahan urus tadbir.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) Abdul Razak Md Hassan mendakwa, perkara itu menyebabkan pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad masuk campur.

"Sekarang keadaannya seolah-olah ada dua nakhoda KTMB iaitu pengerusi dan presiden.

"Tetapi tujuan pengerusi (itu) memperlihatkan hilang kepercayaan (pada pentadbirannya) kerana presiden telah gagal.

"Justeru itu, pengerusi telah campur tangan untuk pulihkan KTMB," dakwa Razak dalam sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga memberi amaran akan mengadakan piket di perkarangan ibu pejabat KTMB di Kuala Lumpur pada petang 9 Mei akan datang.

Malaysiakini cuba mendapatkan reaksi Elias berhubung perkara itu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menjawabnya pada masa ini kerana sibuk dan akan memberi jawapan melalui e-mel.

ADS