Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: 'Sejarah akan menilai kita...'
Diterbitkan:  Mar 28, 2014 7:16 PM
Dikemaskini: 11:59 AM

Sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, pihak berkuasa Malaysia telah dikritik oleh pelbagai pihak kerana didakwa lemah dalam mengendalikan krisis tersebut.

Di China, keluarga penumpang penerbangan itu, menuduh Malaysia menyembunyikan maklumat.

Namun, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan yang Malaysia telah melakukan yang terbaik sejak 8 Mac lalu, sewaktu pesawat Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang.
 
Sewaktu taklimat hariannya hari ini, beliau diminta mengulas dan merenung, apakah yang akan dilakukannya secara berbeza untuk menepis kritikan tersebut.
 
"Saya tidak fikir kita akan mengendalikannnya dengan cara yang berbeza," jawab Hishammuddin.
 
"Semua yang telah dihamburkan dan dilabelkan pada kita, sejarah akan menilai kita sebagai negara yang sangat bertanggungjawab... kita seluk pekasam hingga ke pangkal lengan (dalam mencari pesawat).
 
"Kita telus dan tekal. Namun apabila dikuasa emosi, (persepsi) orang akan kabur. Sejarah akan menilai kita," katanya.

Hishammuddin juga memuji usaha Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

[Baca berita penuh]

ADS