Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin 'tersepit' Anwar, Azizah tanding presiden
Diterbitkan:  Mar 29, 2014 2:17 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Beberapa jam lagi sebelum proses pencalonan untuk pemilihan PKR ditutup, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berada dalam keadaan 'tersepit' sama ada mahu mempertahankan kedudukannya atau bertandinng jawatan tertinggi parti.

I ni selepas kem penyokong Azmin mendapat tahu bahawa Datuk Seri

Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengemukakan borang pencalonan masing-masing untuk Presiden parti.

Ini berlaku walaupun Anwar mungkin hilang kelayakan jika beliau menang ekoran sabitannya dan hukuman penjara lima tahun bagi tuduhan liwat.

Karpal Singh sebaliknya hari ini meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP sementara menunggu rayuan mahkamah selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dan didenda RM4,000.

Di bawah Seksyen 9A (1) ( b ) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman kepada penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Wakil Anwar menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Seorang pembantu rapat Azmin memberitahu Malaysiakini bahawa ahli Parlimen Gombak itu tidak menyokong Wan Azizah kekal sebagai presiden parti tetapi sentiasa menyokong Anwar untuk mengisi jawatan itu.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak menjadi apabila Anwar disabitkan dengan tuduhan liwat.

Jika Anwar bertanding jawatan presiden, ia membuatkan Azmin berasa bersalah untuk bertanding jawatan tersebut.

"Azmin tak mahu lawan Anwar kerana selepas puluhan tahun kesetiaan, habislah," kata pembantunya itu.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan kem penyokong Azmin ialah sekiranya Anwar menarik diri (memandangkan kelayakannya diragui) bagi membuka jalan kepada Wan Azizah kekal sebagai presiden jika Azmin memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

"Macam ada rancangan nak sekat Azmin," katanya sambil menambah sekiranya Azmin bertanding (melawan Anwar), "beliau mesti kena tekanan untuk tarik diri".

Azmin dilaporkan mempunyai hubungan yang tidak mesra dengan

Wan Azizah yang dilihat lebih memihak kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pertikaian dalaman parti di negeri itu.

Jika Azmin mempertahankan jawatan timbalan presiden, beliau akan berdepan dengan Khalid dan penyandang naib presiden PKR Tian Chua yang telah menyerahkan borang pencalonan mereka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution juga dikhabarkan akan bertanding jawatan timbalan presiden.

[Baca berita penuh]

ADS