Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di Klang semalam.

    

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata bayi itu yang dianggar berusia lebih seminggu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi semalam.

    

"Bayi itu ditemui dibalut dengan beg plastik sampah berwarna hitam. Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan pada bayi itu," katanya ketika dihubungi.

    

Katanya bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut.

    

"Kawasan tempat bayi dibuang itu ialah bangunan rumah kedai empat tingkat, lokasi itu juga kawasan perniagaan yang bercampur dengan rumah kediaman," katanya.

    

Mohd Shukor berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

- Bernama

ADS