Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: DAP akan undi tolak RUU persendirian
Diterbitkan:  Apr 28, 2014 2:42 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

DAP akan mengundi menentang rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen dan menyifatkan tiada peluang untuk cadangan PAS untuk pelaksanaannya di Kelantan akan mendapat restu Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi mengulangi pendirian DAP berhubung perkara itu yang tidak berubah.

“Kami akan ambil pendirian sama... yang sama sekali tidak berubah. Kami tidak akan setuju kerana hudud bercanggah dengan perlembagaan.

“Sesiapa sahaja boleh bawa perkara ini tetapi jika dibawa pengundian di Parlimen, kami akan mengundi menentangnya,” kata Lim kepada pemberita dalam sebuah acara di Kuala Lumpur bagi mempromosikan Festival Seni George Town yang akan diadakan Ogos ini.

Katanya, sesuatu perkara itu akan menjadi dasar apabila ketiga-tiga parti bergabung mempersetujuinya.

“DAP tidak akan sesekali setuju, jadi ia menjelaskan kenapa ia bukan dasar Pakatan.

“Ia (rang undang-undang itu) tidak datang daripada Pakatan tetapi hanya satu parti,” kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

[Baca berita penuh]

ADS