Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kenyataan wanita bertudung bagai pelacur bersifat peribadi'

Kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno Mohd Radzi Othman yang menyifatkan wanita bertudung dalam perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur, bersifat peribadi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

    

"(Ini) tidak melambangkan pendirian Umno atau Pemuda Umno," kata Khairy kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di Kuala Lumpur hari ini.

    

Susulan kenyataan yang dibuat Mohd Radzi menerusi laman Facebook pada 2 Mei lalu, beberapa pihak membuat laporan polis terhadapnya.

Ulas isu seminar di UiTM

    

Mengulas dakwaan pelajar Islam dinasihatkan menjauhi pelajar Kristian semasa Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selasa lalu, Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata beliau akan menyiasat perkara itu.

    

"Kalau matlamat seminar itu adalah untuk memberi nasihat kepada pelajar Muslim supaya jauhkan diri daripada pelajar Kristian, saya rasa itu tidak patut," katanya.

    

Katanya jika benar perkara itu berlaku, tindakan harus diambil terhadap penganjur.

    

Seminar itu dianjur secara bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Yayasan Warisan Ibnu Aaby, UiTM dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

    

-Bernama

ADS