Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mohamed Nabi bukan ahli PAS'
Diterbitkan:  May 11, 2014 1:54 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

PAS menafikan bahawa Mohamed Nabi Bux, yang mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, merupakan anggota parti Islam itu.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan disiarkan lidah parti tersebut menyebut, siasatan menunujukkan Mohamed Najib merupakan anggota Umno.

"Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno.

"Kita akan mendapat nasihat dari peguam untuk tindakan undang-undang berhubung pengakuan palsu yang menjejaskan imej PAS," katanya seperti dipetik dalam laporan Harakahdaily .

Menurut portal tersebut, nombor keanggotaan Mohamad Nabi ialah 2700360 dan beliau berdaftar dengan Bahagian Umno Kampung Banjar.

Lelaki tersebu tpada hari Jumaat lalu mendakwa beliau seorang anggota PAS dan mengumumkan niat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Pengumuman itu dibuat selepas lepas naib presiden Parti Cina Malaysia Huan Cheng Guan mengumumkan untuk bertanding.

DAP semalam mengumumkan untuk menurunkan anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal sebagai calon di kawasan tersebut.

ADS